Ketabahan itu adalah persoalan cara pemikiran dan batin kita. Oleh sebab itu kita boleh membina dan memupuknya. Begitu juga halnya dengan cara fikiran dan batin kita yang merangkumi segala aspek. Maka sikap tabah itu juga dibina dan dipupuk berdasarkan alasan-alasan tertentu, antara lain seperti berikut:
Adanya ketegasan dalam penentuan soal matlamat dan tujuan hidup.
Langkah pertama yang paling penting untuk membina dan memupuk sikap tabah ialah apabila kita menyedari benar-benar apa yang kita kehendaki dan ingin capai. Sesuatu motif yang kuat itu sentiasa boleh mendorong seseorang untuk mengatasi segala bentuk kesulitan.
Memiliki hasrat yang menyala-nyala.
Apabila kita memiliki hasrat yang kuat untuk memperolehi sesuatu matlamat, maka dengan mudah pula kita boleh mendapatkan serta mempertahankan sikap tabah untuk terus bertahan.
Memiliki rasa percayakan diri sendiri.
Bilamana seseorang itu memiliki rasa percayakan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu rancangan, maka hal itu akan mendorong beliau untuk mampu melaksanakan rancangan terseb ut sehingga segala ketabahan hati dan fikirannya tidak tergugat. (Rasa percayakan diri sendiri boleh Anda perkembangkan melalui prinsip yang telah kita huraikan dalam bab mengenai autosugesti!).
Kemampuan menyusun satu rancangan yang jelas dan tegas.
Sesuatu rancangan yang tersusun rapi, sekalipun mempunyai banyak aspek kelemahannya kerana kurang praktis misalnya, akan dapat memberi landasan yang kuat bagi seseorang untuk bersikap tabah mengatasi segala kesulitan.
Menguasai ilmu pengetahuan yang tepat.
Apabila seseorang itu menguasai selok-belok rancangan yang jelas itu, sama ada berdasarkan pengalamannya mahupun pemerhatiannya sendiri, maka pengetahuan yang beliau miliki itu dapat mendorong beliau kepada satu sikap yang tabah. Sebaliknya dengan pengetahuan yang tidak sempurna, maka beliau hanya akan lebih banyak meneka-neka sahaja dan bukannya melakukan tugas-tugasnya berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dikuasainya. Akan tetapi dengan menguasai ilmu pengetahuan itu secara mantap, maka beliau boleh memiliki daya ketahanan yang mantap juga.
Menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain.
Seseorang yang boleh menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain akan dapat memupuk daya ketahanan yang cekal dalam dirinya. Untuk itu beliau harus membina rasa simpati, saling sefahaman dan kerjasama yang harmoni dengan orang lain.
Memiliki daya kemahuan yang kuat.
Seseorang harus dapat memupuk kebiasaan untuk memusatkan fikirannya pada sesuatu rancangan yang telahditetapkannya itu. Dengan memiliki satu tujuan yang tegas dan jelas, maka seseorang akan memiliki daya ketahanan yang cekal dalam memperjuangkan tujuan berdasarkan kemahuannya yang kuat.
Memupuk kebiasaan yang cekal.
Ketabahan itu sendiri sebenarnya adalah satu hasil langsung dari suatu kebiasaan. Cara pemikiran kita serta batin kita itu menyerap kebiasaan itu. Dan kebiasaan itu kita jadikan sebahagian daripada pengalaman kita sehari-hari. yang merupakan unsur pembentukan kebiasaan yang bercorak cekal itu. Rasa takut misalnya. adalah musuh batin kita, yang perlu kita hapuskan secara berkesan dengan menindasnya secara berulang-ulang kali dengan perbuatan yang bersifat berani. Setiap orang yang pernah terlibat dalam medan peperangan pasti benar-benar mengetahui akan hal ini.
0 comments:
Post a Comment