Memang terdapat perwujudan dalam rumusan ini. Sejumlah orang menyedari berdasarkan pengalaman mereka betapa tingginya nilai daya ketahanan itu. Mereka adalah orang-orang yang tidak menerima kegagalan itu sebagai sesuatu yang bersifat sementara sahaja. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai hasrat yang kuat, sehingga daya ketahanan yang mereka terapkan itu akhirnya dapat merubah kegagalan tersebut menjadi kemenangan yang gilang-gemilang. Sebagai orang yang berdiri di luar gelanggang kehidupan, maka kita pun sempat menyaksikan sejumlah besar orang yang jatuh terbenam dalam kegagalan dan tidak lagi muncul ke permukaan. Kita pernah menyaksikan terdapat beberapa orang yang menerima kegagalan itu sebagai hukuman yang boleh mendorong mereka ke arah usaha yang lebih giat lagi. Orang-orang seperti ini sangatlah beruntung nasibnya, kerana dengan demikian mereka belajar dan menerima kenyataan sebagai sesuatu hal yang tidak pernah kenal erti berundur lagi.
Justeru itu ramai orang yang sering tidak melihat dan tidak menyangka bahawa terdapat sesuatu kekuatan yang tidak boleh dielakkan yang bergerak secara senyap, yang sering datang menolong seseorang yang sabar dan tawakal dalam menghadam segala ujian dan penderitaan hidup walaupun ketika menghadap. perasaan putus asa. Akan tetapi bagi seseorang yang tabah beliau akan menang. Dan sesuatu perkara yang kita benar-benar yakin bahawa sesiapa pun yang tanpa memiliki daya ketahanan dan ketabahan dalam sesuatu usahanya, maka orang itu tidak akan memperolehi hasil usahanya dengan ganjaran yang setimpal.
Semasa saya menulis ayat-ayat ini, saya menjenguk sejenak dari jendela dan beberapa ratus meter dari situ kelihatan Broadway yang penuh misteri itu. Ini kerana Broadway mempunyai kisah yang tersendiri, yang muncul dengan megahnya dalam ‘korban begitu banyak harapan yang terkubur di dalamnya’, dan sekaligus pula merupakan “pintu gerbang paling hadapan bagi segala bentuk kesempatan yang terbuka dalam hidup ini’. Dari seluruh penjuru bumi manusia telah datang ke Broadway. Mereka ingin mencari keharuman nama. harta kekayaan, kekuasaan, kasih sayang atau apa jua bentuk yang disebut oleh manusia sebagai kejayaan. Kadangkala kita mendengar nama seseorang yang terkenal yang keluar daripada Broadway, dan tokoh lain pula yang menguasai BroadwayNamun Broadway tidak semudah itu untuk dikuasai oleh seseorang. Broadway memang mengakui bakat seseorang menghargai bakat seseorang, ia membayar keahlian dan tenaga seseorang dengan wang. Namun semuanya itu hanya dilakukan Sesudah seseorang itu membuktikan dirinya tidak putus asa dan tetap tabah sehingga mencapai puncak tangga kejayaannya.
Kalau seseorang telah berjaya di Broadway, maka kita mengetahui bahawa orang itu telah menemui rahsia tentang bagaimana caranya menakluki Broadway itu. Dan rahsia itu sentiasa tidak boleh dipisahkan dari satu perkataan iaitu ketabahan.
Rahsia ini boleh kita ungkapkan dari kisah perjuangan Fannie Hurst, yang mempunyai daya ketabahannya sehingga sanggup menakluki The Great White Way. Beliau datang ke New York pada tahun 1915 untuk mewujudkan keahliannya menulis yang
kemudian menjadi harta kekayaan baginya. Bagaimanapun harta kekayaan itu bukannya didapati dengan cepat sekaligus, namun kedatangan kekayaan itu sudah jelas dan pasti baginya. Selama empat tahun Puan Hurst mempelajari terlebih dahulu ‘selok-belok kota New York sehingga ke pelosok-pelosoknya’. Berdasarkan pengalaman yang beliau hayati secara langsung itu. Selama berhari-hari dan bermalam-malam beliau bekerja menjalankan tugasnya. Waktu malam membawa harapan yang cerah baginya. Apabila cahaya-cahaya lampu harapan dalam batinnya itu mulai redup, beliau tidak terus berkata, “Baiklah Broadway, kamu menang!” Sebaliknya beliau berkata, “Baiklah Broadway, kamu boleh menewaskan begitu ramai orang sehingga tewas, akan tetapi saya tidak! Saya yang akan memaksa kamu untuk menyerah kepada saya”.
Sebuah penerbitan (The Sunday Evening Post) sehingga tiga puluh enam kali menolak dan mengirim kembali rencana tulisannya, sebelum beliau berjaya merempuh tembok penghalang dalam kemajuan hidupnya itu. Pada umumnya seorang penulis atau sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam apa jua bidang akan segera menyerah dan tidak mahu menulis lagi setelah rencana pertamanya ditolak dan dikembalikan oleh penerbit. Namun Puan Fannie Hurst telah meratakan jalannya selama empat tahun, hanya kerana beliau bertekad untuk bertahan sehingga berjaya.
Apabila tiba masanya beliau telah mendapat ganjaran hasil ketabahannya itu. Segala rintangan telah dapat beliau tempuhi. Fannie Hurst telah lulus dalam ujian yang menuntut penderitaan dan ketabahan yang luar biasa daripadanya. Mulai daripada saat itu para penerbit pula sebaliknya yang datang berduyun-duyun ke rumahnya. Banyak wang yang mengalir ke dalam koceknya sehingga hampir-hampir tidak terkira olehnya. Kemudian syarikat penerbitan filem telah menemui bakatnya sebagai penulis cerita filem, sehingga wang yang mengalir telah membanjiri koceknya.
Dalam waktu yang singkat sahaja kita mendapat gambaran tentang apa yang dimaksudkan dengan daya ketahanan dan ketabahan itu dalam mencapai sesuatu kemajuan. Fannie Hurst tidak terkecuali daripada itu walau di mana sahaja Anda akan menemui kaum lelaki dan wanita yang telah berjaya meraih kekayaan, maka saya berani mengatakan bahawa mereka akan menjelaskan kepada Anda bahawa mereka telah memperolehi kekayaan itu melalui daya ketahanan dan ketabahan yang cukup mantap. Mungkin Broadway hanya mampu memberikan secawan kopi dan sepotong roti kepada seorang pengemis, akan tetapi bagi seorang yang cekal dan tabah dalam perjuangan hidupnya akan dapat membentuk dirinya sebagai seorang jutawan.
Kate Smith akan membenarkan kenyataan saya ini apabila beliau membaca tulisan saya ini. Selama beberapa tahun beliau telah menyanyi tanpa memperolehi sesen pun. Begitu juga penghargaan daripada sesiapa pun, sebelum beliau benar-benar mahir dalam menghadapi mikrofon. Broadway berkata kepadanya, “Silakanlah datang dan petiklah hasil dari tamanku ini sebanyak mana yang kamu mahu!” Kate Smith menerima tentangan itu sehingga pada saat hari yang bahagia Broadway menjadi bosan dengannya dan berkata, Ah, buat apa kamu bersusah payah? Tidak ada gunanya. Memang dasar kamu adalah manusia yang tidak sedar diri. Kamu tidak menyedari masa yang sesuai untuk ke pentas. Oleh sebab itu hendaklah kamu segera menjauhkan diri daripada pendapatanmu yang kecil itu. Kecuali kalau kamu masih mahu berusaha secara lebih bersungguh-sungguh lagi dan tabah!” Puan Smith menerima dan menjalankan tugasnya yang berat itu dengan penuh ketabahan. Beliau memperolehi hasil yang gilang-gemilang dari Broadway dengan berlimpah-limpah.
0 comments:
Post a Comment