Melakukan usaha secara yang tidak teratur atau waktu-waktu untuk menerapkan dalil-dalil itu sepintas lalu sahaja, tidak akan mempunyai nilai yang bererti bagi Anda. Untuk memperolehi hasil yang mantap, maka Anda harus menerapkan semua ketentuan yang telah digariskan itu sehingga menjadi kebiasaan dalam diri Anda. Dengan cara lain tidaklah mungkin bagi Anda untuk memperkembangkan ‘keadaan mendapatkan wang” yang sangat Anda perlukan itu.
Nasib yang melarat hanya menimpa orang-orang yang fikirannya tertumpu kepada kemiskinan itu,sendiri. Keadaannya adalah seperti wang itu juga hanya mendekati pada diri orang yang cara pemikirannya memang sengaja tertarik kepadanya dan melalui hukum kesedaran yang sama. Kesedaran untuk hidup melarat akan mengisi cara pemikiran seseorang yang tidak memiliki ‘kesedaran untuk mendapatkan wang’. Sesuatu kesedaran yang berserah kep ada nasib melarat akan berkembang tanpa adanya kesedaran yang berbentuk kebiasaan yang menyenangkan bagi diri Anda. Oleh sebab itu kesedaran untuk mencari dan menghimpunkan wang itu hendaklah ditanamkan secara teratur dalam pemikiran Anda, kecualilah sekiranya semenjak lahir Anda memang telah dikurniakan bakat dan hasrat untuk memiliki kesedaran mengejar wang dan kekayaan itu.
Tanggapilah benar-benar maksud daripada kenyataan dalam perenggan di atas itu. Maka Anda akan mengerti betapa pentingnya daya ketahanan atau sikap tabah itu dalam usaha mengumpulkan harta kekayaan itu. Tanpa daya ketahanan itu Anda akan kalah dalam usaha Anda itu, dan hal itu sudah dapat diramalkan sebelum Anda memulakan usaha Anda. Namun dengan daya ketahanan itu Anda akan beroleh kemenangan.
Jika Anda pernah mengalami satu mimpi yang buruk, maka Anda pasti boleh menghayati betapi besarnya erti daya ketahanan atau ketabahan itu. Anda sedang berbaring di atas katil, dalam keadaan setengah tidur dan setengah sedar, dengan perasaan seolah-olah Anda sangat tertekan sekali. Anda berasa tidak mampu untuk membalikkan badan Anda atau bergerak sedikit pun. Oleh sebab itu Anda harus mulai berusaha untuk menguasai kembali gerakan otot-otot badan Anda itu. Anda boleh menggerakkan otot-otot lengan Anda, sehingga Anda sanggup mengangkat sebelah tangan Anda. Kemudian Anda menguasa. pula tangan yang lain dengan cara yang sama. Setelah itu Anda menguasai pula otot-otot sebelah kaki Anda, kemudian perluaskannya hingga ke otot-otot kaki sebelahnya. Akhirnya dengan satu kekuatan kemahuan yang luar biasa Anda dapat, menguasai sepenuhnya jaringan otot-otot Anda itu dan ‘membebaskan’ seluruh tubuh Anda keluar dari dalam tekanan mimpi yang buruk itu. Tetapi kebebasan Anda itu telah dapat dicapai dengan tindakan yang tabah dengan langkah demi langkah.
Home / BAB 9 /
KETABAHAN /
LANGKAH KESEMBILAN MENCAPAI KEKAYAAN
/ ADAKAH ANDA MEMILIKI 'KESEDARAN UNTUK MENDAPATKAN WANG' ATAU ‘KESEDARAN UNTUK HIDUP MELARAT?'
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment