MENGUJI DIRI ANDA DALAM SOAL KETABAHAN


Apabila Anda mengikuti petunjuk dalam buku ini dengan maksud hendak menerapkan ilmu pengetahuan yang terdapat di dalamnya bagi menguji daya ketahanan Anda, maka Anda hendaklah segera mulai menerapkannya setelah Anda melalui langkah keenam yang terdapat dalam bab dua itu. Sekiranya Anda memang antara dua orang yang istimewa dari antara seratus orang yang kami sebutkan di atas sebagai contoh, yakni orang yang telah memiliki sasaran yang tegas untuk ditujui dan dicapai. Tetapi kalau belum, ada baiknya Anda membaca dan mengikuti dengan teliti petunjuk yang diberikan itu. Terapkan petunjuk itu dalam kehidupan Anda sehari-hari, dan jangan lalai sedikit pun dengan petunjuk-petunjuk yang terdapat di dalamnya.

Tidak memiliki daya ketahanan atau kurang rasa tabah itu seringkali merupakan sebab utama dari kegagalan seseorang. Apalagi dari pengalaman ribuan orang yang telah terbuk‘ bahawa kurangnya daya ketahanan itu merupakan satu kelemahan yang umum, yang banyak dihidapi oleh orang ramai. lni merupakan kelemahan yang boleh dihadapi dengan usaha diri manusia itu sendiri. Sukar atau mudahnya kekurangan daya ketahanan itu diatasi oleh seseorang bergantung kepada besar kecilnya hasrat seseorang itu.

Titik tolak daripada semua hasil yang akan dicapai itu adalah hasrat. Mereka hendaklah berpegang teguh kepada pendirian ini. Hasrat yang lemah akan membuahkan hasil yang lemah juga. Begitu juga halnya dengan nyalaan api yang kecil hanya boleh mengeluarkan jumlah kepanasan yang kecil juga. Sekiranya Anda mendapati bahawa diri Anda berada dalam kekurangan ketabahan, maka kelemahan Anda itu boleh Anda atasi dengan membentuk api hasrat yang lebih besar lagi di dalam diri Anda itu.

Teruslah membaca buku ini sehingga ke bahagian yang terakhir, kemudian kembalilah kepada bab dua, dan segeralah melaksanakan dan menerapkan petunjuk yang diberikan selanjutnya dengan enam langkah dalam bab dua itu. Besar kecilnya kemahuan Anda dalam mengikuti petunjuk ini akan menunjukkan juga besar kecilnya kemahuan atau hasrat Anda yang sebenarnya dalam usaha mengumpulkan wang dan harta kekayaan itu.

Apabila Anda merasakan diri Anda masih lagi dalam dingin atau kurang bersemangat, maka yakinlah bahawa Anda masih belum memiliki “kesedaran yang mendalam’ ke arah usaha mencari wang itu. Padahal Anda perlu memiliki sifat itu terlebih dahulu sebelum Anda yakin bahawa Anda boleh mengumpulkan wang dan harta kekayaan itu.

Harta kekayaan itu hanyalah boleh ditarik oleh orang-orang yang pemikirannya bersedia untuk menarik mereka. Demikian

juga dengan jumlah air yang hanya akan tertumpu kepada lautan.

Kalau Anda menyedari diri Anda itu sangat lemah dalam memiliki daya ketahanan, maka pusatkanlah perhatian Anda pada petunjuk yang terdapat dalam bab mengenai ‘penguasaan pemikiran yang unggul’. Melalui kerjasama di antara anggotaanggota kelompok orang-orang itu Anda boleh membina dan memperkembangkan satu daya ketahanan yang kukuh. Anda juga boleh memperolehi petunjuk tambahan bagi memperkembangkan daya ketahanan Anda itu di dalam bab mengenai ‘autosugesti’ dan ‘Keadaan Bawah Sedar”. lkutilah petunjuk yang digariskan dalam bab-bab itu sehingga Anda biasa tentang objek sasaran yang Anda inginkan itu. Maka titik tolak dari aspek ini Anda akan tidak terlambat kerana kurangnya daya ketahanan pada diri Anda.

Ini kerana alam bawah sedar Anda itu terus-menerus giat bekerja, sama ada Anda berada dalam alam sedar atau dalam keadaan tidur.
SHARE

About Creeper Creative

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment