BAGAIMANA CARANYA ANDA BOLEH KELUAR DARI KELEMAHAN MENTAL

Anda pun boleh menyeret keluar diri Anda dari kelemahan mental yang Anda miliki itu melalui prosedur yang sama. Mulamula Anda bergerak secara perlahan-lahan, kemudian Anda percepatkan irama gerakan Anda itu sehingga Anda menguasai sepenuhnya daya kemahuan Anda sendiri. Tetapkanlah sikap tabah itu sekalipun Anda bergerak dengan gaya yang lambat sekali. Tidak ada apa-apa meskipun pada awalnya Anda harus bergerak perlahan sahaja. Tetapi dengan daya ketahanan dan ketabahan yang mantap, maka Anda akan mencapai kejayaan.

Kalau Anda memilih kelompok orang-orang yang berfikiran matang, dengan cara yang cermat sekali, maka di antara mereka itu Anda akan mendapatkan paling kurang seorang yang membantu Anda dalam perkembangan diri Anda membina daya ketahanan itu. Orang-orang yang berjaya mengumpulkan jumlah harta kekayaan yang besar telah menjalankan cara ini sebagai1 satu keperluan yang dianggap perlu. Mereka telah memperkembangkan satu kebiasaan yang penuh dayi‘ ketahanan sebab mereka telah terdesak oleh keadaan, sehinggi1 mereka harus memiliki daya ketahanan yang besar.

Orang-orang yang telah berjaya membina kebiasaan daya ketahanan yang mantap terbukti boleh memiliki dan menikmati rasa percayakan diri sendiri yang meyakinkan dan merasakan dirinya kebal terhadap kegagalan. Mereka tidak peduli walau beberapa kalipun mereka harus mengalami kegagalan, asalkan akhirnya nanti akan tiba pada tujuan yang mereka impikan itu dan mencapai puncak tangga perjuangannya. Kadangkala kelihatan seolah-olah ada satu kekuatan pembimbing yang agung, yang seakan-akan berfungsi untuk menguji seseorang melalui pelbagai pengalaman yang kurang menyenangkan itu. Oleh sebab itu orang-orang yang mahu tetap mengangkat diri mereka sendiri ke atas meskipun setelah mengalami kegagalan, akan mempunyai daya ketahanan untuk terus mencuba dan berusaha agar sampai kepada tujuan. Maka dunia sekitarnya akan turut berseru, “Hebat! hasil ketabahanmu itu, Anda telah membawa kejayaan yang gilang-gemilang!” Bimbingan yang tersembunyi itu tidak akan memperkenankan seseorang itu menikmati sesuatu hasil yang besar tanpa orang itu berusaha untuk lulus menempuh ujian ketabahan. Orang-orang yang sedikitpun tidak memiliki daya ketahanan itu tidak akan mampu mencapai sesuatu hasil biarpun sedikit.

Orang-orang yang berjaya mencapai garis terakhir ketabahan yang besar akan memperolehi ganjaran atas daya ketahanan yang mereka alami itu. Sebagai balasan perbuatan mereka itu, mereka akan menerima apa yang mereka kejar sebagai tujuan. Akan tetapi bukan semuanya! Mereka menerima sesuatu yang lebih tinggi nilainya daripada sekadar benda yang wujud selain ganjaran yakni pengetahuan dan kesedaran bahawa *setiap kegagalan itu sentiasa membawa bersamanya benih untuk mewujudkan kemungkinan yang baru pula’.

SHARE

About Creeper Creative

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment